Selalu orang kata, sekali pandang
saya nampak serius. Bahkan ada yang berkata, saya bukan sahaja tampak serius
tapi turut ada riak sombong di wajah. Ya! Allah! Astaghfirullah. Beristighfar
saya. Nampak gaya kena banyakkan senyuman agar saya tidak disalah anggap. Saya tidaklah
seserius mana. Dan yang paling penting, saya rasa saya agak peramah orangnya.
Hahaha. Saya tidak sombong. Namun saya tak punya upaya untuk menukar persepsi
pertama mereka yang baru mengenali saya.
“Tak kenal maka tak cinta”,
pepatah yang relevan sepanjang zaman. Sesiapa yang kenal saya pasti tahu saya
orang yang jenis gemar bergurau. Tetapi adat bergurau…ada kala gurauan saya
yang patutnya mengundang tawa tetapi akhirnya menyentap jiwa. Semalam untuk ke
sekian kalinya gurauan saya benar-benar menjadi, memecah tawa pelajar-pelajar.
Dan untuk ke sekian kalinya juga saya terlepas pandang, gurauan itu
rupa-rupanya mengguris hati seorang yang lain. Aduh! Terlepas lagi. Ini ingatan
untuk diri. Refleksi diri. Berhati-hati dengan lidah. Jaga adab sesama manusia.
Jaga adab dengan Allah. Insyaallah, Allah akan lindungi semua. Moga saya tidak terbabas lagi di masa akan
datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan