Foto: Koleksi Peribadi
Semalam saya menghadiri suatu majlis ilmu- Bengkel HOTS Menggunakan Buku Cerita Kanak-kanak Bergambar. Walaupun banyak kontennya bukan sesuatu yang asing untuk saya tetapi percayalah Allah sentiasa menitipkan kita dengan pelbagai idea baru setiap kali kita ke majlis ilmu. Alhamdulillah. Saya sangat seronok semalam.
Sepanjang empat jam, saya ralit memerhatikan ibu bapa yang hadir bersama anak-anak ke bengkel tersebut. Sungguh saya tersentuh. Bilangan ibu bapa yang hadir sangat sedikit. Tidak sampai 15 orang. Barangkali ini memang fenomena biasa. Ini juga yang berlaku di dalam kelas-kelas keibubapaan saya. Bilangan yang hadir sangat kecil. Saya masih ingat lagi lebih kurang 19 tahun lalu, saya dan suami menghadiri program 'Multiple Intelligence-Howard Gardner' yang dikendalikan untuk ibu bapa. Saya menyaksikan fenomena yang sama. Bilangan ibu bapa yang hadir boleh dikira dengan jari tak sampai 10 saat! Adakah ibu bapa hari ini masih berfikir di takuk lama? Adakah ibu bapa masih berfikir bahawa kita tidak perlu mencari ilmu untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik daripada ibu bapa kita sendiri?
Saya mendengar dan melihat dengan mata kepala sendiri anak-anak hasil didikan ibu bapa yang positif dan negatif. Cerita-cerita mereka sangat membuka mata. Justeru, saya merasa sangat terpanggil untuk menydiakan satu wadah perkongsian interaktif untuk ibu bapa dan guru.
Perjuangan saya yang kecil ini perlu diteruskan sekalipun ianya bergerak perlahan. Selamat datang ke PARENTSTEACHERSNEST; satu grup fb khusus untuk mereka yang berminat berkongsi pelbagai tips keibubapaan dan perguruan. Hubungi saya di facebook sekiranya tuan puan mahu menyertai grup ini.
Nota: Terima kasih Puan Nurul Ilyani atas perkongsian dan dorongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan