Teks: Fauziah Sirat
Foto: Imej Google
Semalam usai menyapu laman, saya duduk menghadap laptop. Sasaran saya adalah memurnikan modul-modul latihan saya. Ini kerja wajib dari masa ke masa. Modul perlu dinamik sejajar dengan keperluan semasa. Tak boleh statik. Perlu sentiasa relevan.

Sambil-sambil bekerja, sengaja tv dibuka jadi peneman. Saya kurang gemar suasana sunyi ketika mencari idea. Bising-bising itu perlu. Kadang-kadang suara-suara yang bergema itu mencetus idea. Saya mendengar perkataan 'angin ramadhan', 'malam ramadhan' dan 'aura ramadhan'. Ramadhan bukan sekadar objek-objek yang kelihatan tetapi lebih daripada itu. Perkara-perkara tidak kelihatan yang jauh dan dalam maksud serta ertinya. Alhamdulillah, itu santapan telinga yang bermanfaat umtuk saya.
Masih lagi membawa aura Ramadhan, kali ini tv betul-betul menuntut perhatian saya. Wanita Hari Ini, membawa seorang banduan wanita yang menghitung hari ke tali gantung ke studio. Tahun ini katanya Ramadhannya yang terakhir. Saya terpaku dan terharu. Pertemuan langsung yang diatur oleh pihak produksi antara wanita tersebut dengan keluarganya di studio mengundang airmata hiba saya. Mereka yang tidak pernah ada sentuhan fizikal sejak lima tahun lalu saling berpelukan erat. Sungguh! Momen itu sungguh menyentuh naluri. Saya tutup tv dengan kata-kata ustaz yang kekal tersemat. "Wanita ini bertuah kerana tahu bila saat dijemput Illahi. Beliau ada masa bertaubat. Mendekatkan diri dengan Yang Esa, Bukan cara mati yang perlu dirisaukan. Bagaimana kita mati; beriman ataupun tidak, itu yang harus kita persiapkan." Subhanallah!
Dan awal pagi ini, kita dikejutkan dengan tragedi MH17. Innalillahiwainnailahirrojiun....
Jumaat yang murung untuk kita semua.
Salam takziah untuk semua keluarga penumpang dan krew MH17.
Dan awal pagi ini, kita dikejutkan dengan tragedi MH17. Innalillahiwainnailahirrojiun....
Jumaat yang murung untuk kita semua.
Salam takziah untuk semua keluarga penumpang dan krew MH17.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan