Foto: Koleksi Peribadi
080915
April kali terakhir singgah ke sini. Sekarang sudah bulan September. Empat bulan juga tidak bertamu. Sibuk? Hmmm,,,,itu alasan klise namanya. (Sengaja mahu menghukum diri; biar rasa bersalah). Anak bongsu saya menambah hukuman; "Blog mama dah berhabuk". Alamak. Nampak gaya hari ini saya wajib buang sawang dan sarang labah-labah.
Merenung dan membaca semula matlamat-matlamat yang saya sasarkan untuk tahun ini; alhamdulillah, syukur banyak-banyak kerana Allah izinkan dan permudahkan saya. Memandangkan 2015 hanya berbaki tiga bulan lagi, saya berkira-kira ini masa yang paling sesuai untuk merencanakan aktiviti-aktiviti hujung tahun 2015 dan 2016. Ini bukan hanya bicara bisnes semata. Matlamat perlu merangkumi semua tiang yang membina kekuatan saya; kebergantungan saya kepada Allah, keluarga saya, kesihatan saya dan pembangunan ilmu kendiri saya. Matlamat juga tidak boleh lari daripada nawaitu; mengapa saya berada di landasan hari ini sangat bergantung kepada niat asal saya. Nawaitu; itu nombor satu.
Tahun 2016; di atas kertas menyaksikan sesuatu yang lebih padat berbanding tahun ini. Kali ini saya mensasarkan padat yang punya banyak ruang. Padat Beruang? Hah! Hahaha! Ya! Kenapa tidak?
2016. Padat Beruang!